Immediate Family
-
wife
-
daughter
-
daughter
-
daughter
-
daughter
-
daughter
-
son
About Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1828-1852]
23. SULTAN 'OMAR 'ALI SAIFUDDIN II (TM 1828-1852)
Baginda adalah Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1828-1852] yang lahir pada tahun 1794 iaitu putera kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul 'Alam I dengan pasangan baginda Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa (puteri sulung kepada Sultan Muhammad Kanzul 'Alam). Sebelum ditabalkan menjadi Sultan, baginda adalah Pg Muda Omar Ali Saifuddin dan setelah kemangkatan ayahandanya, neneknda saudaranya (Sultan Muhammad Kanzul 'Alam) telah mengambil alih menjadi Pemangku Sultan berikutan lagi Sultan Muhammad 'Alam @ Raja Api dan kemudian baharulah baginda Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II. Sebelum menjadi Sultan, baginda pernah berkunjung berjumpa dengan ayahanda saudaranya iaitu Sultan Muhammad 'Alam supaya kembali ke istana. Akhirnya Sultan Muhammad 'Alam pun mengambil keputusan menetap di Bintulu, Sarawak, dan telah menyerahkan Takhta kerajaan kepada Pemangkunya iaitu baginda menjadi Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II tetapi baginda tidak ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Negara Brunei sama seperti pemerintahan neneknda saudara (Sultan Muhammad Kanzul 'Alam) baginda sebelum ini.
Maka untuk memenuhi syarat kerajaan, baginda pun mengarak/mengangkat orang-orang yang rapit dengan baginda menjadi Wazir/Cheteria untuk membantu baginda mengurus dan mentadbir kerajaan, iaitu baginda mengisikan jawatan Wazir Pg Bendahara kemudian Pg Digadong kemudian Pg Temenggong kemudian Pg Pemancha seterusnya gelaran Cheteria Pg Kerma Indera, Pg Shahbandar, Pg Maharaja Lela dan Pg Paduka Tuan. Semasa hayat baginda mendirikan rumah tangga dengan Pg Isteri Nur Alam iaitu anak perempuan bungsu kepada Pg Tua Amir Bahar bin Pg Maharaja Dinda Pg Anak Nasiruddin (pancir keturunan Sultan Muhammad Alauddin) berputerakan Pg Muda Muhammad Alam. Baginda juga berkahwin dengan Tuan Zaidah binti Pengarah Digadong Tuan Laman (pancir keturunan Sultan Muhammad Ali ibni Al-Marhum Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah dari Siak Indrapura) iaitu isteri kedua beranakkan Al-Marhum Sultan Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin, Raja Isteri Pg Anak Puteri Zubaidah, Orang Kaya Besar @ Pg Anak Abd Momin. Manakala isteri baginda seterusnya adalah Sandalam (tidak tahu asal dari mana) juga beranakkan putera sulung baginda Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh, Pg Babu Pg Anak Saleha, Pg Babu Pg Anak Siti Mariam, Pg Anak Pasah dan Pg Anak Siti Munggu. Tambahan lagi baginda ada mengasuh anak iaitu Pg Hashim (berkahwin dengan puteri kepada SOAS I).
Zaman pemerintahan Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II ini, rantau pesisir Brunei sangat luas, di sebelah timur ialah Sabah, manakala di sebelah baratnya, Sarawak yang ketika itu ditadbir oleh Pg Indera Mahkota Pg Muhammad Salleh, seorang daripada keluarga Diraja Brunei yang terpelajar pernah bersekolah di Betawi (Jakarta) dan pernah melanjutkan pelajaran ke Negeri Belanda. Disebutkan, pada zaman pemerintahan baginda ini juga pengaruh Barat khususnya Inggeris adalah bertambah kuat di pantai Barat Borneo. Kapal-kapal perdagangan mereka sering berulang-alik di pelabuhan-pelabuhan wilayah pesisir Brunei, menyebabkan barang-barang hasil negeri seperti rempah-ratus, lilin, sarang burung, tripang, rotan, gaharu dan sebagainya bertambah kurang kerana dimonopoli oleh mereka. Manakala wilayah Brunei di Sarawak pula sering berlaku kekacauan selain disebabkan oleh tradisi 'mengayau' - tradisi puak Dayak pergi menyerang sesuatu puak lain bagi mendapatkan kepala untuk dijadikan sebagai berian perkahwinan puak Dayak oleh suku Dayak, juga disebabkan oleh pelanunan dan sikap permusuhan di antara satu puak dengan puak lain yang mementingkan kepentingan puak masing-masing. Pada zaman baginda juga berlakunya zaman beradu kuat iaitu zaman perkelahian. Setelah memerintah lebih kurang 10 tahun yang kebetulan sejak abad ke-18 kuasa Brunei telah mulai beransur lemah akibatnya beberapa pesisiran yang dahulunya dibawah kekuasaan Brunei telah terputus dan tercicir. Sultan Suluk yang memang telah lama menanti kejatuhan Brunei, mengambil kesempatan di atas kelemahan ini. Menjelang abad ke-19 pengaruh barat telah mulai bertapak di kawasan Nusantara dan kekuasaan Brunei beransur lemah. Seorang bangsa Inggeris bernama James Brooke yang mempunyai cita-cita tinggi di rantau ini mengambil kesempatan ke atas kejatuhan ekonomi perdagangan di Brunei. Ianya berjaya memanipulasi kesempatan ini daripada kekacauan yang berlaku di wilayah-wilayah Brunei. Pengiran Muda Hashim yang tidak mampu mengawal keadaan melantik James Brooke selaku pentadbir di Sarawak selepas James Brooke berjaya mententeramkan keadaan di wilayah itu. James Brooke telah datang mengadap Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II dan mendesak agar dijadikan Rajah Sarawak. Pada tahun 1842 dia dilantik menjadi Rajah Sarawak dengan demikian kekuasaan Kerajaan Brunei semakin merosot.
Dalam masa pemerintahan baginda juga Pulau Labuan telah diserahkan kepada Kerajaan British dengan alasan untuk menghalang keganasan lanun. Seterusnya British telah mengatur langkah silat cimadi, dalam erti kata yang lain mengatur langkah persahabatan dan perniagaan. Penyerahan (ceded) Pulau Labuan kepada kerajaan baginda Queen England pada tahun 1846 itu bukanlah seperti yang diceritakan untuk melindungi penyeludupan lanun-lanun laut yang mengganggu ketenteraman Brunei. Malah dalang utama yang mendesak Pulau Labuan itu dijadikan sebagai tanah jajahan British adalah datangnya dari James Brooke seorang rakyat British yang telah bermaharajalela di Sarawak. Ancaman dan ugutan wakil Kerajaan British akhirnya menuntut baginda memanggil dan bermesyuarat dengan pembesar-pembesar negara untuk menyelesaikan masalah paksaan British menghendaki Pulau Labuan. Di antara pembesar-pembesar negara yang hadir dengan perasaan kekhuatiran tersemai syak wasangka, termasuklah juga Pg Anak Sulaiman, Pg Anak Hashim, Pg Anak Tajuddin, Pg Anak Abdul Kahar, Pg Anak Sura dan Pg Anak Aliudin. Hasil perundingan dengan pembesar-pembesar negara itu baharulah baginda Sultan Omar Ali Saifuddin II membubuh cop mohor kerajaan dan menandatangani surat perjanjian itu pada 18 Disember 1846 hari Jumaat. Dengan termeterai perjanjian itu maka Labuan terpaksa diserahkan.
Pada zaman sejarah awal Brunei, Kampong Kulapis juga dikenali dengan nama 'Damuan’. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei (1976) memetik maklumat dari buku-buku sejarah Brunei bahawa pada 8 Julai 1846, Damuan pernah menjadi tempat kubu pertahanan Liau Hj Saman dan Al-Marhum baginda Sultan Omar Ali Saifuddin II menentang Inggeris di Brunei. Letak lokasi kubu pertahanan menentang Inggeris itu ialah di hulu Sungai Damuan, 15 batu jauhnya dari Bandar Brunei. Hj Saman adalah seorang pahlawan Brunei dan penasihat kepada baginda SOAS II. Sungai adalah merupakan komunikasi penting antara Damuan dengan Bandar Brunei, dan angkatan Hj Saman (dari Kg. Saba) menggunakan sungai ini untuk sampai ke Damuan. Tempat inilah kubu sementara Liau Hj Saman dan baginda SOAS II menentang Inggeris. Setelah angkatan Brunei tewas baginda telah melarikan diri dengan ditemani oleh Liau Hj Saman menuju kawasan Limau Manis di hulu Sungai Brunei. Semasa ketiadaan baginda, Pg Anak Abd Momin selaku Pg Bendahara pada ketika itu telah diangkat sebagai Pemangku Sultan oleh pihak Inggeris. Sebenarnya Inggeris ingin melantik terus Pg Anak Abd Momin sebagai Sultan bagi mengantikan Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II. Tindakan ini diambil sebagai membalas dendam atas kematian Raja Muda Hashim kerana Sultan dianggap sebagai besubahat dalam pembunuhan ini. Pg Anak Abd Momin menolak lantikan sebagai Sultan, kerana menyedari Sultan yang berhak masih ada. Beliau kemudiannya telah menyerahkan kuasa pemerintahan Brunei kepada bapa mertuanya Sultan Omar Ali Saifuddin II, sebaik-baik sahaja baginda kembali ke istana. Allahyarham Liau Hj Saman atau lebih dikenali dengan Membakut di Sabah adalah pejuang besar membebaskan Brunei dari jilajah Inggeris yang dipimpin oleh James Brooke ketika itu. Di zamannya, ia sangat terkenal dan termasyur dengan kegagahannya dan keberaniannya menentang Inggeris malah bukan sahaja di Brunei malahan di Sabah dan Sarawak juga. Hubungan Sabah dan Sarawak ketika itu masih rapat dengan Brunei disebabkan orang-orang Brunei, Sabah dan Sarawak mempunyai ikatan kekeluargaan yang masih rapat. Di masa penentangan Hj Saman bersama-sama dengan adiknya iaitu Liau Badar menentang terhadap Inggeris itu, orang-orang Inggeris menganggap mereka seperti duri salam daging dan ia mesti dihapuskan. Baginda SOAS II dan kerabatnya telah dijaga dengan rapi keberadaannnya oleh wira-wira pahlawan dan pejuang yang agung dari Kg. Saba seperti Hj Saman dan Liau Badar. Hubungan keluarga diraja dengan mereka semakin bertambah rapat sehinggakan anak kemanakan kepada Hj Saman telahpun berkahwin dengan baginda, iaitu Tuan Zaidah binti Pengarah Digadong Tuan Laman @ Sulaiman.
Disebutkan, setelah beberapa lama Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II menerajui tampuk pemerintahan Brunei dan telah mengalami beberapa dugaan berat dilanggar oleh pihak James Brooke, maka sampailah waktu dan ketikanya bagindapun lindung. Menurut peringatan yang ditulis oleh Al-Marhum Pg Anak Muhammad Tajuddin (Pg Digadong) ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam, iaitu selepas lima tahun dari tarikh baginda menandatangani dan menurunkan cap mohor dalam surat perjanjian Persahabatan dan Perdagangan dengan Kerajaan Baginda Queen Victoria, baginda pun lindung pada hari Rabu 7 Safar 1269 bersamaan 20 November 1852 pukul 1.00 tengah hari, dan dimakamkan pada keesokan harinya pukul 12.00 tengah hari di Makam Besar Diraja, Bandar Brunei. Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh Pusat Sejarah Brunei, mendapati batu nisan Sultan Omar 'Ali Saifuddin II ini mengandungi tulisan berkenaan salasilah atau jurai keturunan. Catatan nama-nama keturunan yang terpahat pada batu nisan Sultan Omar Ali Saifuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul 'Alam diukir pada kedua-dua permukaannya. Salah satu permukaan batu nisannya mencatatkan: "Ini Maulana Al-Sultan Omar Ali Saifuddin kepada dewasa itulah seorang anaknya yang bernama Pengiran Pemancha Muhammad Salleh menaruh peringatan anak seperadian yang keluar daripada Al-Sultan ini tiga laki-laki lima perempuan yang tua menjadi Raja Isteri Al-Sultan Maulana Abdul Momin pancir daripada marhum juga maka kekanda baginda itulah menjadikan saudaranya yang tuha laki-laki Pengiran Pemancha Sahibul Al-Rae maka saudaranya yang tengah Pengiran Temenggong Sahibul Al-Bahar dan suadara Al-Sultan Omar Ali Saifuddin itu Pengiran Di-Gadong Sahibul Al-Mal dijadikannya."
والله أعلمُ
1822 - 1852 H.H. Sri Paduka Maulana Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din II Jamal ul-Alam ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jamal ul-Alam, Sultan of Brunei Dar us-Salam. b. at Brunei, 1804, son of H.H. Al-Wasik Malik ul-Alam Paduka Sri Sultan Muhammad Jamal ul-Alam I ibni al-Marhum Sultan Muhammad Taj ud-din, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, by his wife, H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Nur Alam binti al-Marhum Sultan Muhammad Khanz ul-Alam, educ. privately. Proclaimed as Sultan on the death of his grandfather in 1822, but kept from power by his uncle Raja Api. He subsequently fled to Pulau Keingaran with his mother, taking the regalia with him, there proclaimed as Sultan by his supporters and those who were disaffected from Muhammad Alam on account of his oppresive rule. He became undisputed sovereign in powr as well as in name, after his cousin was strangled to death at Chermin in December 1824. Returned from Keingaran to Brunei Town and formally invested with the Kris Si Naga, which his mother had secreted amongst her own possessions until then, 15th February 1826, but not formally installed or crowned as Yang di-Pertuan. Fled to Damaun in 1846 when Brunei Town was attacked by the Royal Navy in punishment for the murder of the Pangiran Bendahara Hashim. He subsequently returned to Brunei to conclude hostilities, but was subsequently impelled to recognise James Brook as undisputed Rajah of Sarawak, cede Labuan 18th December 1846, and conclude a Treaty of Friendship and Commerce with Britian 27th May 1847. m. (first) Y.A.M. Pangiran Istri, younger daughter of Pangiran Muda Anak Bahar bin Pangiran Maharaja Dinda Pangiran Nasir ud-din, by his wife, a daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Khanz ul-Alam ibni al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din, Sultan of Brunei Dar us-Salam. m. (second) Y.M. Tuan Zaida, daughter of Y.M. Pengarah di-Gadong Tuan Laman Awang Sulaiman bin Tengku Sa’ad, a descendant of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad ‘Ali ‘Abdu’l Jalil Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil ‘Alam ud-din Ra’ayat Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Siak Sri Indrapura. m. (third) Sandalam. He d. from cancer of the mouth, at Istana Kampong Ayer, Brunei Town, 18th November 1852 (bur. there at the Royal Mausoleum, Jalan Khutbah Makam Di-Raja), having had issue, three sons and four daughters by junior wives.
Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1828-1852]'s Timeline
1799 |
February 3, 1799
|
Brunei (Brunei Darussalam)
|
|
1825 |
1825
|
Brunei (Brunei Darussalam)
|
|
1828 |
1828
|
||
1852 |
November 18, 1852
Age 53
|
||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? |