Immediate Family
-
wife
-
Privatechild
-
wife
About Sultan ‘Abdul Momin [Sultan Brunei ke-24, 1852-1885]
24. SULTAN ‘ABDUL MOMIN (TM 1852-1885)
Baginda adalah Sultan ‘Abdul Momin ibni Pg Shahbandar Pg Anak Abdul Wahab dan merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin I [Sultan Brunei ke-18, 1740-1795]. Apabila Sultan ‘Abdul Momin menaiki takhta, baginda telah berazam mengambil keputusan tidak akan menurunkan Kerajaan kepada zuriat baginda melainkan kepada putera Sultan Omar Ali Saifuddin II (yang ada dua orang pada masa itu iaitu Pg Anak Muhammad Salleh dan Pg Anak Hashim) dan berdoa kepada Allah semoga azam baginda akan dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Maksud baginda itu nampaknya diperkenankan Allah kerana Kerajaan Brunei kini adalah saluran dari keluarga Al-Marhum SOAS II dan pengganti-penggantinya sehingga ke anak cucu. Menurut catatan Tarling ketika pemerintahan ayahanda mertuanya, baginda diarak menjadi wazir dengan gelaran Pg Digadong dan Pg Bendahara pada ketika itu adalah Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam. Apabila Pg Bendahara Pg Muda Hashim lindung, Pg Digadong Pg Anak Abdul Momin diarak lagi menjadi Pg Bendahara. Adalah diriwayatkan, tatkala Sultan 'Abdul Momin ini menaiki takhta kerajaan menjadi Sultan Brunei ke-24 pada tahun 1852, baginda bertitah bahawa kedudukan baginda selaku Sultan adalah sementara sahaja. Baginda berdoa menegaskan bahawa takhta yang diduduki oleh baginda itu tidak akan turun kepada ahli waris baginda, kerana baginda hendak menurunkan waris tersebut kepada putera Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II. Pada masa Sultan 'Abdul Momin ini menaiki takhta, maka untuk memenuhi syarat kerajaan, baginda telah mengarak/mengangkat Wazir/Cheteria yang rapit dengan baginda, untuk membantu baginda dalam menjalankan urus tadbir kerajaan. Mula-mula baginda telah mengisikan jawatan Wazir Pg Bendahara kemudian Pg Pemancha seterusnya Pg Temenggong iaitu wazir yang termuda sekali. Baginda juga mengisikan jawatan Cheteria Pg Shahbandar dan Pg Maharaja Lela. Disebutkan, selain mengarak/mengangkat Wazir/Cheteria, baginda juga telah menyampiri/melantik Manteri-Manteri dan pegawai-pegawai anak tempatan terdiri daripada orang-orang yang berketurunan baik-baik dan taat setianya tidak berbelah bahagi kepada raja dan negeri. Ada yang digelar baginda jadi Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja, Pehin Jawatan Luar, Pehin Laksamana, Pehin Datu Maharaja, Pehin Siraja Khatib, Pehin Datu Imam dan Pehin Udana Khatib. Demikian juga Khatib, Mudim, Panglima, Damong, Pateh dan Pengarah turut juga dilantik oleh baginda, malah kerana murah dan kasih sayangnya kepada rakyat, ramai China-Kaling apatah lagi Kedayan, Orang Tutong, Murut, Bisaya, Dusun dan Bajau semuanya digelar oleh baginda.
Sultan 'Abdul Momin adalah seorang Sultan yang termasyhur bija, adil dan kuat beribadat serta mempunyai 'keramat'. Baginda telah berjaya mengatasi kesulitan-kesulitan yang dihadapi dalam kalangan keluarga Diraja yang sentiasa bertelingkah disebabkan oleh perasaan dendam mendendam yang berlarutan di antara pihak Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam dengan Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II yang terbit daripada hasutan dan campur tangan pihak luar. Maka atas sokongan dan persetujuan keluarga baginda, baginda telah mengahwinkan Pg Anak Muhammad bin Pg Anak Muhammad Tajuddin (ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam) dengan Pg Anak Zubaidah binti Pg Temenggong Pg Anak Hashim (ibni Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II), dan Pg Anak Muhammad Hasan bin Pg Anak Muhammad Tajuddin (ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam) dengan Pg Anak Fatimah binti Pg Maharaja Lela Pg Anak Abdul Kahar. Sebelum itu, Pg Bendahara Pg Anak Muhammad dan Pg Digadong Pg Anak Muhammad Hasan sebenarnya adalah putera-putera angkat Sultan 'Abdul Momin. Dengan demikian keluarga yang berselisih faham itu telah dapat dipulihkan, walaupun Pg Anak Muhammad Hasan kadang-kadang masih teringat juga akan peristiwa ayahandanya terbunuh di dalam pertikaian pada tahun 1845 itu, tetapi apakala perkara tersebut diahdapkan kepada kekandanya Pg Anak Muhammad dan iparnya Pg Anak Muhammad Salleh bin Pg Maharaja Lela Pg Anak Abdul Kahar, maka maksud itu telah dapat disabarkan, kerana kedua-dua orang disebutkan sangat dihormatinya. Setelah Pg Bendahara Pg Muda Muhammad ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam yang terkenal dengan nama Pg Bendahara Digantisan mangkat, maka Pg Anak Muhammad bin Pg Anak Muhammad Tajuddin pun dianugerahi gelaran diarak menjadi Pg Bendahara, dan Pg Anak Muhammad Hasan dianugerahi gelaran diarak oleh baginda menjadi Pg Digadong menggantikan Pg Digadong Pg Anak Tajuddin Ayah ibni Sultan Muhammad Jamalul 'Alam I. Tatkala Sultan 'Abdul Momin mengurniakan gelaran Wazir kanan kepada anakanda angkat baginda Pg Anak Muhammad Hasan, dan mengurniakan gelaran Pg Pemancha kepada Pg Anak Muhammad Salleh ibni Sultan '
Omar 'Ali Saifuddin II serta gelaran Pg Temenggong kepada Pg Anak Hashim ibni Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II, baginda bertitah, walaupun gelaran yang dikurniakan kepada Pg Anak Muhammad Salleh dan Pg Anak Hashim itu tidak tinggi, namun demikian gelaran tersebut titah baginda adalah gelaran untuk sementara sahaja, kerana kedua-dua putera Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II itu, memang dihasrat dan diikrarkan oleh baginda untuk menaiki takhta kerajaan, apabila masanya tiba oleh sebab itulah buat sementara baginda memberi peluang kepada yang lain.
Setahun selepas Sultan 'Abdul Momin menaiki takhta Kerajaan, pada 24 Ogos 1853, Sultan 'Abdul Momin telah membuat satu perjanjian dengan James Brooke mengenai pengesahan Negeri Sarawak dan jajahannya dari Tanjung Datu hingga ke Sungai Semarahan. Nampaknya perjanjian ini dimaksudkan adalah untuk meluaskan lagi kuasa yang telah didapati oleh James Brooke daripada Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 2 Ogos 1842. Setelah kira-kira empat tahun lamanya baginda membuat pekerjaan mengarak/mengangkat Wazir/Cheteria, menyampiri/melantik Manteri-Manteri dan pegawai-pegawai kerajaan itu, pada hari Khamis, 16 Syaaban 1272 bersamaan 23 April 1856, baginda pun berpuspa dipuja jadi Yang Di-Pertuan. Adalah diriwayatkan teman baginda naik naubat itu ialah isteri baginda Raja Aishah. Sebelum itu, baginda berkahwin dengan Pg Anak Fatimah binti Sultan Muhammad Kanzul Alam (isteri pertama) kemudian dengan isteri kedua Raja Isteri Pg Anak Zubaidah (puteri kepada SOAS II). Baginda mempunyai salah seorang gundik bernama Dang Siti Mawarna yang mana menurut catatan dalam buku Memoir Seorang Sejarawan: Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, setelah baginda lindung, Dang Siti Mawarna yang cantik jelita telah dibawa lari orang ke Labuan. Lima bulan selepas Sultan 'Abdul Momin menjalani Perpuspaan, pada 26 November 1856, baginda telah bersetuju membuat perjanjian di antara Kerajaan Brunei dengan Kerajaan Great Britain mengenai dengan kes perbicaraan terhadap rakyat British yang melakuan jenayah di Brunei dan perselisihan terhadap sesuatu pertikaian yang di dalamnya rakyat British terlibat. Perjanjian ini dibuat oleh baginda dengan Tuan St. John, Konsul Agung Kerajaan Baginda Queen bagi menggantikan perjanjian tambahan yang telah dibuat di antara Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II dengan James Brooke pada 27 Mei 1847. Semasa hayat baginda, corak pemerintahan (pentadbiran) baginda diatur berpandukan lunas-lunas Islam, dan baginda sangat warak, termasyhur dengan sebutan Marhum Keramat. Dikatakan pula Sultan ‘Abdul Momin adalah seorang yang bijak mengimbangi politik diwaktu zaman tersebut. Baginda melantik dari dua keluarga yang berpengaruh dan banyak pengikutnya iaitu keluarga Sultan Muhammad Kanzul Alam dan keluarga Sultan Omar Ali Saifuddin II. Maksud baginda tersebut ialah baginda melantik Bendahara dan Digadong baginda iaitu Pg Bendahara Pg Anak Besar Muhammad dan Pg Digadong Pg Anak Tengah Muhammad Hasan. Kedua-dua mereka ini adalah dari keturunan Pg Anak Tajuddin ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam. Manakala baginda melantik wazir Temenggong kepada Pg Anak Hashim ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II menjadi Pg Temenggong Pg Anak Hashim.
Dalam bulan Mei 1884, kedengaran khabar ke Brunei bahawa Orang Kaya Garau hendak menderhaka di Limbang. Maka untuk menyusuli perkara tersebut, Sultan 'Abdul Momin telah menitahkan Pehin Orang Kaya Laksamana Awang Arshad di Menjalin, mengepalai sebuah angkatan untuk memeriksa kejadian itu. Tatkala angkatan itu sampai di Lubuk Apu, Pehin Orang Kaya Laksamana Awang Arshad telah kena tembak di dada dan terus meninggal dunia, tetapi apabila angkatan itu merapat ke tebing sungai tiada ada sesuatu pun yang dijumpai. Oleh itu angkatan itu pun balik ke Bandar Brunei. Tatkala disembahkan kepada Sultan 'Abdul Momin bahawa Pehin Orang Kaya Laksamana Awang Arshad telah mati tertembak, maka Sultan 'Abdul Momin bertitah untuk menyuruh melihat luka Pehin Orang Kaya Laksamana Awang Arshad sama ada di belakang atau di hadapan. Kemudian dititahkan juga oleh baginda, jika luka itu di belakang dibiarkan begitu sahaja. Apabila diperiksa didapati, lukanya itu disembahkan di hadapan, maka baginda pun menitahkan supaya disempurnakan, kerana taat setia bakti yang telah disembahkannya itu merupakan semangat kebruneian sejati yang dihargai oleh baginda. Di samping itu baginda juga menitahkan supaya Sindaun, Garai dan Percochungan dihantar untuk melanggar Limbang. Menurut Tuan William Hood Treacher, penderhakaan yang berlaku dalan bulan Mei 1884 itu adalah diatur oleh Pihak Brooke yang telah menghasut penduduk-penduduk Limbang supaya jangan tunduk kepada perintah Brunei, dan mencontohkan kepada mereka bahawa keadaan penduduk Baram telah banyak mendapat faedah sejak berada di bawah perintah Brooke. Adalah dikatakan juga bahawa penderhaka-penderhaka Limbang itu telah mara ke Bandar Brunei, sehingga dikatakan baginda Sultan 'Abdul Momin telah meminjam 24 laras senapang dari Labuan untuk mengawal Bandar Brunei dari serangan itu. Tetapi orang Limbang sebenarnya tidak pernah melakukan serangan yang sedemikian terhadap Bandar Brunei, hanya dikatakan orang-orang Limbang itu ingkar daripada menurut perintah yang diaturkan oleh Sultan Brunei. Pada 6 September 1884, Pg Temenggong Pg Anak Hashim ibni Sultan 'Omar Ali Saifuddin II telah dititah oleh Sultan 'Abdul Momin untuk menlanggar keriuhan Limbang. Sampai sahaja di Limbang angkatan Brunei itu telah dihujani oleh peluru di kiri kanan Sungai Limbang, tetapi dengan berkat dan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala, peluru-peluru yang ditembakkan bagai bertih digoreng itu tidak mendatangkan kesan apa-apa pun kepada orang Brunei, hanya diberitahu oleh orang-orang yang bersama-sama mengiringkan angkatan itu kepada anak cucu mereka, bahawa peluru-peluru yang ditembakkan itu hanya gugur masuk ke dalam karung-karung (poket) baju mereka sahaja dengan tidak mendatangkan apa-apa kesan pun. Setelah orang-orang Bisaya itu dikalahkan dan menyerah diri, mereka telah menceritakan keadaan perasaan ketakutan mereka tatkala mendengar bunyi tawak-tawak (sejenis alat muzik tradisional yang dibuat daripada tembaga seperti gong) yang dipukul oleh orang-orang Brunei yang mengegarkan tuturan atap rumah mereka.
Pada 20 Februari 1885, Sultan ‘Abdul Momin telah membuat satu pengisytiharan untuk mengamanatkan kepada para Wazir, Cheteria, Manteri serta keluarga baginda, supaya tidak akan menyerahkan sebarang wilayah Brunei kepada sesiapa jua pun, dan dalam amanah itu Limbang disebut dengan jelas supaya jangan diserahkan kepada sesiapa pun. Selepas Sultan Abdul Momin membuat pengisytiharan itu, baginda telah mewakilkan kepada Pg Temenggong Pg Anak Hashim ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk melaksanakan hal ehwal pemerintahan. Walaupun Cap Mohor Diraja dan Keris Si-Naga belum diserahkan kepada Pg Temenggong Pg Anak Hashim, dan tiada sebarang pengisytiharan turun takhta diumumkan, tetapi baginda dengan sendirinya telah mengiktiraf penyerahan itu. Berikutan titah pengisytiharan Sultan ‘Abdul Momin mewakilkan kepada Pg Temenggong Pg Anak Hashim menjalankan hal ehwal pentadbiran Brunei, pada bulan Mac 1885, Charles Brooke telah datang ke Brunei mengadap Pg Temenggong Pg Anak Hashim sebagai menghormati pengesahannya, yang telah dilantik menjadi pemangku raja. Dalam perjumpaan itu, tatkala Charles Brooke membuka perkara mengenai Limbang, ternyata kepadanya (Charles Brooke) bahawa Pg Temenggong Pg Anak Hashim enggan mempersetuju perkara tersebut. Sebelum baginda lindung, baginda sendiri menarah nisan untuk diri baginda sendiri, yang diperbuat daripada kayu kulimpapa. Setelap siap, nisan itu dititahkannya supaya dikubur di bawah istana, dan dititahkan juga oleh baginda, sekiranya baginda lindung, nisan itulah yang akan digunakan sebagai tanda makam baginda. Kemudian setelah baginda lindung pada hari Jumaat 15 Syaaban 1302 bersamaan 29 Mei 1885, maka nisan itulah yang digunakan untuk menandai makam baginda sebagaimana maksud yang telah dititahkan. Apabila Sultan ‘Abdul Momin lindung maka Pg Temenggong Pg Anak Hashim ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II naik takhta sebab kekandanya Pg Pemancha Muhammad Salleh telah lindung awal.
والله أعلمُ
1852 - 1885 H.H. Duli Yang di-Pertuan Sri Paduka Maulana Sultan ‘Abdu’l Mumin ibni al-Marhum Sri Paduka Maulana ‘Abdu’l Wahab, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. b. before 21st May 1788, as Pangiran Anak ‘Abdu’l Mumin, eldest son of Y.A.M. Duli Pangiran Shahbandar Sahib ul-Bandar Bait ul-Karib Pangiran Anak ‘Abdu’l Wahab ibni al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din, by his wife, Y.M. Pangiran Anak Babu Siti Lawiyah binti Pangiran Indira Mahkota Pangiran Anak Sulaiman, educ. privately. Proclaimed as Sultan on the death of Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din II following the refusal of Temenggong Taj ud-din to ascend the throne, 18th November 1852. m. (first) a daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Khanz ul-Alam ibni al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din, Sultan of Brunei Dar us-Salam. m. (second) before 1852, after the death of his first wife, H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Putri Zubaida, daughter H.H. Sri Paduka Maulana Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din II Jamal ul-Alam ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jamal ul-Alam, Sultan of Brunei Dar us-Salam. m. (third) a daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Jamal ul-Alam I ibni al-Marhum Sultan Paduka Sri Sultan Muhammad Taj ud-din, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. m. (fourth) 1883, a girl aged 15 years. He d. at Istana Kampong Ayer, Sultan Lama, Brunei, 29th May 1885, aged 100 Hijra years (bur. there at the Royal Mausoleum, Jalan Khutbah Makam di-Raja), having had issue.
Sultan ‘Abdul Momin [Sultan Brunei ke-24, 1852-1885]'s Timeline
1785 |
1785
|
||
1829 |
1829
|
||
1885 |
May 29, 1885
Age 100
|
Kampong Ayer, Kota Batu, Brunei-Muara, Brunei (Brunei Darussalam)
|
|
???? | |||
???? | |||
???? |